Tuesday, January 22, 2013
Yakult
Bagi yang tidak tahu lagi apa purpose minum yakult, saya explain sikit.
Dalam bahasa mudahnya, Yakult mempunyai bakteria baik. Bakteria itu kita panggil L. Casei.
Bakteria ini dapat memperlahankan dan menghalang bakteria jahat lain dari beranakpinak dalam sistem perkumuhan/pencernaan kite.
Sekiranya kita sedang cirit-birit, eloklah minum Yakult.
Tiada masalah akan menimpa sekiranya minum banyak Yakult. "Kalau minum Yakult byk-byk nanti sakit perut" itu adalah mitos.. Botol dia kecil sbb kalau besar, nanti tak habis, nanti bakteria dia mati sbb dah tak sejuk, nanti sia2.. Lagipun Yakult tidak dicipta sebagai pelega haus.. Ianya utk kesihatan.. So botol kecil tu je dah cukup bakteria baik tu utk diconsume..
Okay yakult ni elok diminum pagi, selepas makan breakfast.. Memandangkan ianya mengandungi bakteria, Yakult tidak berapa efektif sekiranya kite minum lepas keluarkan dari peti ais lama-lama.. Ini kerana, dgn temperature 10'C dan ke atas (meaning, kurang sejuk), bakteria L. Casei tadi akan bereaksi.. Akan tetapi, rasa masam yg terlampau itu terjadi akibat reaksi mereka, bukan basi ye.. Ianya masih boleh diminum tetapi kurang benefitnya disitu ye.. Minumlah Yakult semasa ia masih sejuk..
Dan kalau perhatikan bende yg larut, mcm susu tu..., itu mm susu... Yakult tidak menggunakan any kind of food stabilizers, jadi kurang bahan kimia, lebih selamat nak natural utk badan kite... Apa perlu buat, hanyalah goncang kasi larut semua.. Sebab bende mendap tu ialah susu, rugi kalau tak minum skali..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment